Thursday, June 3, 2021

Ulasan Filem Bukit Kepong

 




           Filem Bukit Kepong merupakan sebuah filem aksi/patriotik yang diarahkan oleh Jins Shamsudin dan dibintangi oleh dirinya sendiri, A. Rahim dan Hussein Abu Hassan.  Filem ini berdasarkan kisah sebenar Serangan komunis di Bukit Kepong.  Filem ini memenangi 8 anugerah dalam Festival Filem Malaysia ke-3, termasuk Filem Terbaik.  Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada tahun 1981. Filem ini merupakan filem termahal dalam dekad 80-an dengan kos perbuatan sebanyak RM 1.3 Juta. Filem ini kemudiannya telah disunting semula oleh United Studios (syarikat pengedar dan pemasaran di bawah KRU International), yang melabur dalam pemulihan dan peningkatan HD dengan kos berjumlah RM 100,00.  Kerja teknikal sebenar dilakukan oleh Prodigital Lab (milik KRU Malaysia).  



BARISAN PELAKON


 Jins Shamsuddin sebagai Sarjan 3493 Jamil Bin Mohd Shah
• A. Rahim sebagai Lance Koperal 7168 Jidin Bin Omar
• Hussein Abu Hassan sebagai Konstabel Polis (PC) 10533 Osman
 Yusoff
• Yusof Haslan sebagai PC 8600 Jaafar Bin Hassan
• Dali Abdullah sebagai PC 7493 Mohamad Bin Jaafar
• Samsudin Baslah sebagai PC 7862 Abdul Kadir Bin Jusoff
• J.A Halim sebagai Konstabel Polis Tambahan (EPC) 3475 Mohd Tap
 Bin Lazim
• Hisham Ihsan sebagai Ketua Kampung Ali Bin Mustapha
• Mohd Noor Bon sebagai Polis Bantuan (AP) 1925 Ali Akob Bin
 Othman
• Harun Ibrahim sebagai AP 2130 Samad Bin Yatim
• Jamaliah Arshad sebagai Mariam
• Edah Ahmad sebagai Saadiah
• Suhaina Yahya sebagai Fatimah Manan
• Ayu Rahman sebagai Pon
• Normah Alim sebagai Arfah
• Noraini Talib sebagai Fatimah Ya'aba
• Omar Suwita sebagai Sa'ibun
• Norazizah Mohd Seh sebagai Jamilah
• Ahmad Tarmizi Mad Zin sebagai Mohd Nor
• Akhmal M.Zain sebagai Hassan
• Norizan Hashim sebagai Zainun
• Azizan Mokhtar sebagai Pegawai Pentadbiran Daerah 
• Mike Steward sebagai Encik Davis
• Steven Wang sebagai Tengking Sai
• James Ling sebagai Ling
• Norazam Zakaria sebagai Aziz
• Mohd Rashid Md Isa sebagai Berkata
• Saadah Fadzil sebagai isteri Saibun
• Zambry Samad sebagai Anak Saibun
• Embong Azizah sebagai Ibu Saibun
• Low Hwee Luang sebagai Isteri Ah Yau
• Tan Mei Ling sebagai Mei Ling (anak perempuan Ah Yau)



SINOPSIS CERITA


         Cerita perjuangan pasukan polis dan masyarakat tempatan di Bukit Kepong, Johor melawan komunis pada tahun 1950.Kemuncak pertempuran berlaku pada 23 Februari di balai polis Bukit Kepong yang mempunyai 18 orang anggota. Filem ini menggambarkan semangat waja yang ditunjukkan ditunjukkan oleh pasukan polis, walaupun mereka diserang 180 orang pengganas komunis, tetapi mereka tetap berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir untuk mempertahankan negara.




PERMULAAN CERITA

  
              Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963). Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong.  Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak di tebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.
   
          Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis.  Ia berakhir dengan tragik dalam pertumpahan darah di mana penyerang membunuh hampir ksemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan komunis.  Apabila mereka memulakan pengepungan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal balai polis tersebut dalam tempoh yang singkat.  Ini disebkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka iaitu kelebihan senjata dan jumlah keanggotan dan juga keadaan balai polis yang terpencil.

           Balai polis Bukit Kepong terletak di selekoh Sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar 20 buah rumah dan kedai.  Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ.  Ketika itu balai polis diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai polis tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara tersebut diketahui oleh penyerang komunis.

          Selain itu, terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri.  Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh 3 konstabel polis khas dan 4 polis tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.

          13 isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situmalah pemgangkutan utama ke Bukit Kepong adalah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar.



PERTENGAHAN CERITA


          Menurut saksi, terdapat sekitar 180 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang Balai Polis Bukit kepong.  Serangan tersebut diketuai oleh Muhammad Indera, seorang komunis Melayu. Menurut rancangan asal, Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu hanya sebagai amaran sahaja, bagaimanapun serangan yang turut disertai Komisar Goh Peng Tun bertukar menjadi tragedi buruk.  Pihak komunis mengepung Balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut.  Pertempuran bermula sekitar 4:15 pagi. Apabila mata-mata Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong lawat berduri balai tersebut.  Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan.  Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hrbat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dakam kubu di bawah bilik kawalan.  Sungguhpun dengan kekuatan anggota yang sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sarjan jamil Mohd Shah, enggan menyerah walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah.  Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan 2 orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.

          Sekitar pukul 5 pagi, pasukan polis bantuan berserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan shotgun digerakkan dari Kampong Jawa di bawah pimpinan Penghulu Ali bin Mustaffa dan bergerak untuk memberi bantuan.  Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran di kawasan itu.  Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Bren Gun turut dimusnahkan komunis.

          Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis, Mariam Ibrahim, isteri kepada mata-mata Mohamad Jaafar.  Dikabarkan ketua kumpulan komunis, Mat indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri.  Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah.  Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan.  Apabila mereka enggan menyerah,  Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh.  Suami Fatimah, mata-mata Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di Sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.


KLIMAKS

          Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis.  2 wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin.  Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup.  Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya 3 dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka.  Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu.  Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong di sebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

            Hanya selepas 5 jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut.  Mereka kemudian berundur ke dalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian.  Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api.  Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada mata-mata Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup ke dalam api.

          14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud dan 3 anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut.  Jumlah kematian adalah 25 orang.  Mereka yang terselamatdalam pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.





NILAI MURNI


1. Semangat Kerjasama
    
Ini terbukti apabila kerjasama yang diberikan oleh polis & penduduk Bukit Kepong dalam mendepani dakyah dan kejahatan pengganas komunis. Dalam hal ini, penduduk Bukit Kepong telah menubuhkan Unit Pengawal Keselamatan Kampung dan Unit Parang Panjang untuk mendepani karenah komunis.  Mereka juga telah berusaha membantu anggota polis semasa komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong.

2. Menyemai Semangat Cinta Akan Negara

Kita mestilah menyemai semangat cinta akan negara.  Contohnya, perjuangan Sarjan Jamil, anggota polis yang sanggup menggadai nyawa semasa bertempur dengan pihak komunis di rumah Pasong Bukit Kepong telah berjaya menimbulkan semangat patriotik dalam kalangan penonton.

3. Menambahkan Pemgetahuan

Kita dapat menimba ilmu tentang peristiwa hitam yang bersejarah bagi negara Malaysia.  Sebagai contoh, perjuangan dan keberanian sepasukan anggota polis termasuklah Sarjan Jamil yang cuba mempertahankan Rumah Pasong Bukit Kepong daripada serangan komunis merupakan peristiwa bersejarah negara.

4. Keberanian

Mereka bertempur selama hampir 4 jam.  Walaupun ada anggota polis yang terbunuh dan tercedera, pejuangan tetap diteruskan.  Mereka lebih rela mati berjuang daripada menyerah kalah kepada pengganas komunis. Sarjan Jamil dan rakan-rakannya yang berjumlah 18 orang tetap berani menghadapi serangan komunis yang berjumlah hampir 200 orang.

5. Ketegasan

Ketegasan dan semangat perjuangan yang membara disanubari Sarjan Jamil telah melahirkan semangat kepada anak-anak buahnya agar enggan menyerah walaupun berkali-kali pihak komunis menyuruh mereka untuk menyerah diri. 




          Kesimpulannya, filem Bukit Kepong ini mengajarkan kita semangat perjuangan patriotisme yang sangat tinggi dalam mempertahankan negara kita daripada ancaman luar iaitu komunis.  Pengorbanan polis-polis Bukit Kepong merupakan semangat patriotisme dalam diri mereka dan sehingga kini masyarakat sangat menyanjungi jasa mereka dan memperingati semangat mereka dalam mempertahankan negara.  Sebagai bukti, Balai Polis Bukit Kepong yang hangus dijilat api, dibina semula dan dijadikan tempat peringatan dan pameran kepada masyarakat supaya tragedi Bukit Kepong sentiasa diingati.

        Oleh itu, saya sangat mencadangkan rakyat Malaysia agar menonton filem ini dan mengkaji kisah sejarah Bukit Kepong ini kerana filem ini pernah memenangi 8 anugerah dalam Festival Filem Malaysia ke-3 termasuk filem terbaik yang ditayangkan kepada umum pada tahun 1981 dan filem ini juga merupakan filem termahal dalam dekad 80-an dengas kos sebanyak RM 1.5 juta.  

      Tambahan itu, kita mesti mengambil ikhtibar daripada tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan ini agar ianya memberi pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia supaya tidak terikut-ikut dengan fenomena neo-komunis dan neo-sosialisis yang semakin mempengaruhi orang ramai di negara kita khasnya golongan generasi muda tidak boleh buta sejarah dan melupakan mereka yang telah berjuang hingga titisan darah yang terakhir untuk mempertahankan negara.  Akhirnya, semangat patriotik merupakan entiti terpenting dalam mengecap kemerdekaan untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.  Saya berharap agar keamanan negara dapat dikekalkan dan sejarah buruk tidak akan berulang lagi.



Ditulis oleh:

Nurul Aini Bt Suwardi (F2051)
Arifah Hanim Bt Azuan (F2022)
Nor Syakira Bt Mohd Sofy (F2002)
Ain Jazlina Bt Jaafar (F2053)
Parimala Dewi Kumaresan (F2063)

Penasihat Akademik:

Pn. Wahida Bt Mat Said